hepy go lucky....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 20, 2009

DIRI........

Di suatu senja dalam keheningan hari yang akan berlalu
Mungkin hari esok tiada lagi untuk diri
Adakah hari ini adalah hari terakhir untuk diri?..
Segala-galanya adalah ketentuan Tuhan yang maha Esa..
Sebagai manusia biasa hanya sekadar menerima
dengan redha dan hati yang ikhlas…
Semua yang berlaku adalah cabaran dan dugaan dalam hidup
Dengan apa yang berlaku mungkin ada hikmah kebaikan disebaliknya..
Tuhan maha mengetahui apa sahaja termasuklah apa yang tersirat kebaikan
atau kejahatan dalam diri setiap manusia ciptaan-Nya..
Diri tidak pinta untuk dilahirkan di dunia ini
Diri tidak pernah minta keadaan seperti ini
Diri sudah sekian lama tiada dalam diri
Apa yang perlu diri lakukan untuk teruskan kehidupan?
Sesungguhnya sudah tiba masanya mengabadikan diri dalam diri
untuk dunia dan bekalan akhirat kelak…
InsyaAllah, mudah-mudahan diri menhadapi dengan
ketenangan jiwa yang lebih bersedia…

sentiasalah bersyukur.....

Secerah mentari yang menyinari bumi
Bagaikan cahaya memanjangkan hari-hari yang berlalu
Tatkala angin bertiup kencang..
Di sinilah segumpal awan berkumpul gelap
Dari setiap gumpalan awan, lahirlah setitik2 hujan yang membasahi bumi
Begitulah apa yang dirasa dalam dasar hati
Bagaikan boleh dicorak melalui keadaan semesta alam
Segala yang dijadikan di dunia ini oleh Allah swt,
adalah sebuah anugerah dari-Nya..
Hati ini senantiasa bersyukur dengan apa yang ada
Dengan itu diri sentiasa ucapkan “alhamdulillah”…

$eBuaH PeMiKirAn....

Ku berjalan di bawah sinar purnama
Bagaikan satu perjalanan yang jauh
Ku tidak berdaya untuk meneruskannya lagi..
Apa yang perlu ku lakukan untuk semua ini..
Sesungguhnya perjalanan hanyalah sementara
Dengan segala dugaan yang harus dilalui
Anggaplah ia sebagai satu cabaran dalam kehidupan ini…
Sebuah kebahagiaan bagaikan lautan yang tenang
Sebuah kemusnahan bagaikan gelora di dasar lautan..
Kepayahan dahulu adalah beerti akan senang kemudian
Kefahaman berlunaskan memahami antara satu sama lain..
Kesabaran berlandaskan keimanan dan ketaqwaan
Suatu kesucian melambangkan kesempurnaan
Hanya seutus doa harus dipohonkan kepada Tuhan yang satu..
Usah dibiarkan hati mengawal pemikiran
Pemikiran yang bernas akan melahirkan hati yang tenang
Usah dibiarkan hati tangisi tatkala jiwa bergelora
Seharusnya hati dan jiwa bersatu menempuh kehidupan
Jangan biarkan kehancuran memamah keteguhan iman
Jika bersatunya hati dan jiwa maka terbitlah cahaya kegembiraan
Dalam setiap kehidupan ada hikmah kebaikan
Setiap kerahmatan yang diturunkan oleh Tuhan
ada maksud yang tersirat di sebalik kehidupan ini….
Acapkali memanjatkan doa kepada Tuhan yang maha mengetahui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails