hepy go lucky....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 28, 2010

"Siapa Lebih Hebat?"

Pada suatu hari, ada seorang buruh yang bekerja mengumpulkan batu-batan di sebuah gunung. Batu-batu yang diambil nanti akan digunakan untuk membuat rumahnya. Bagi memperoleh batu-batu di gunung itu, si buruh perlulah memecahkan batu-batan besar yang terdapat di gunung tersebut. Ketika buruh itu sedang melakukan kerjanya, cuaca sangat panas sehinggakan buruh itu terpaksa menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan..

Pada masa yang sama Si Matahari telah ketawa keriangan “Haha.. Betapa hebatnya aku, aku boleh memanaskan bumi sampaikan Si Buruh itu pun menanggalkan pakaiannya kerana terlampau panas kerana cahayaku”. Sejurus sahaja Si Matahari berkata demikian, Si Awan pun datang dan menutup cahaya Si Matahari daripada terus ke bumi..

Si Buruh pun berasa sangat lega sekali kerana cuaca menjadi mendung. Maka hilanglah kehebatan Si Matahari memanaskan bumi. Si Awan berkata kepada Matahari “Hai Matahari, aku lagi hebat daripada kau, kau boleh memancarkan cahaya kau, tetapi aku yang menghalangnya. Haha...”, kata Si Awan dengan angkuhnya..

Keriangan Si Awan tidak lama, tiba-tiba Si Angin telah datang dan menolak Si Awan ke tempat lain. Hilanglah kehebatan Si Awan. Si Angin pula berteriak kepada Si Awan “Sehebat kau menghalang cahaya Si Matahari, hebat lagi aku menolak kau, sekarang akulah yang paling hebat!”, teriak Si Angin. Si Angin pun menyusur dengan laju menunjukkan kehebatannya. Tetapi malang tidak berbau, Si Angin terlanggar dengan Si Gunung lalu berkecailah Si Angin dengan keangkuhannya itu..

Melihat kehebatannya menghalang Si Angin, Si Gunung pun membanggakan diri kepada Si Matahari dan Si Awan. “Aku telah mengalahkan Si Angin yang angkuh, siapa pula yang hebat sekarang ha?” Si Gunung berasa dirinya yang hebat antara semua. Si Matahari dan Si Awan berasa malu dan bersalah di atas keangkuhan mereka tadi. Tiba-tiba Si Gunung menjerit kesakitan menyebabkan Si Matahari dan Si Awan pun terkejut. Rupa-rupanya Si Buruh sedang memecahkan batu di kaki gunung. Si Gunung berasa sangat marah kepada Si Buruh tetapi apakan daya, dia tak dapat berbuat apa-apa. “Hai...nampak gayanya tak ada yang lagi hebat..”, kata Si Matahari dan Si Awan dengan nada sinis kepada Si Gunung..

PENGAJARAN :

Kisah di atas menunujukkan kita sebagai makhluk Allah S.W.T tidak berkuasa sama sekali.Si Buruh berasa panas disebabkan Si Matahari. Si Matahari dilindungi oleh Si Awan. Si Awan pula ditolak oleh Si Angin. Si Angin dihalang oleh Si Gunung. Akhirnya Si Buruh juga yang menyakiti Si Gunung.

Allah S.W.T tidak menciptakan kita sebagai makhluk-Nya sebagai sia-sia. Semuannya diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. Setiap daripada kita melengkapi antara satu sama lain, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T...

Thursday, March 11, 2010

ADAKAH ANDA SORG YG B'SIFAT CEMBURU??

  • Cemburu merupakan naluri manusia yg sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu, ada yg +ve dan -ve..cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan..
  • Terima hakikat sifat cemburu mslh kita sdn & kita b't'gjwb mengatasinya sdn. Fikirkan xde sape yg blh m'buat kita cemburu. Kita blh mengawal fikiran dlm ape bentuk situasi pun. Ingat,pilihan t'letak pada diri sdn bukannye org lain.
  • Hormati perasaan org lain.. Seperti kita,org lain juga m'punyai hak utk menilai kecantikan org lain. Jika kita dpt melakukan nye kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
  • Bagi diri sdn masa utk mengatasinya. Jika kita memang sorg yg cemburu usah diharap b'ubah dlm masa yg singkat.
  • Tuliskan apa perasaan kita apabila kita berasa cemburu. Marah,x tentu arah,menangis, geram,rasa malu,rasa b'salah @ b'tindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara nie? Jika jwpn nye x,maka cpt2 la b'ubah..
  • Cuba fikirkan b/mana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisih pasangan kita drpd org lain? tidakkan kita sdn pun pernah t'senyum kpd org lain sekeliling kita?
  • Ramai m'punyai perasaan & mslh cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap m'cari keslhan org lain & mahu pihak satu lagi mengubah sikap ttp dlm masa yg sama x melihat keslhan sdn. Terima hakikat kita manusia sebenarnye x sempurna..
  • Bina keyakinan diri.. Kita mungkin berasa x slmt jika selalu b'gantung kpd pasangan.. Luaskan p'shbtan dgn org lain..
  • Jika rasa cemburu kita sedang memuncak,bayangkan apa2 yg akan b'laku jika kita melepaskan marah & geram kpd org lain.. Cemburu x dpt m'halang mereka..
* Dlm apa saje mslh yg kita sedang alami kita haruslah b'pikir dgn tenang dlm menyelesaikan
mslh.. Dan w'pun dlm keadaan mcm mane skali pun,kita mstilah sntiase memaafkan org lain
& meminta maaf jika kita ade wat slh dgn org sekeliling kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails