hepy go lucky....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 14, 2009

utk renungan sbg satu ilmu pengetahuan...

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk
memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu
hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..
ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

(1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar
(kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama denganTamar Madinah.
Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut,
makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji
tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau
sihir yang terkena pada hari itu” (Riwayat al Bukhari)

(2) - Berwuduk sebelum tidur. Sihir tidak akan memberi sebarang kesan
terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang
berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahanAllah akan
menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka
yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun
sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini
kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”..
(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

(3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah. Mengambil berat tentang
solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari
gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan
syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu
berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan
kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah
bersabda: Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu
yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang,
nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri”..
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

(4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir Bangunlah
mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.
Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi
ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah
mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi
yang ketandusan akibat kesan tindak balas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang
perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan
solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya
syaitan telah kencing di dalam telinganya”.. (Riwayat al Bukhari dan Muslim).

(5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas. Tandas adalah
tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba
sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang
muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang
mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan
tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh
syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan
membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah,
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran
dan gangguan syaitan".. Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

(6)- Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepas majlis akad nikah,
pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang
lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala
isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya
dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari
keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya..
Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala
keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka
melakukan tipu"; (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

(7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir
kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan
bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang
membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan
Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke
waktu pagi''.. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah
tersebut sambil berkata "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia
sendiri sememangnya penipu.. (Riwayat al Bukhari)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails