hepy go lucky....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 1, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas...


Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah
antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawaSaiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000
tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur
hingga
ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya
membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai
Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami inikami berikan kepada orang yang
membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
Sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat
Jibrail
a..s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil
a.s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah
ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.. Sesungguhnya apabila
matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1)
Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu
yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

...Wallahu a'lam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails